BAB6 : RAGAM AYAT


RAGAM AYAT


Ayat Aktif

⇒Ayat Aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek asal dan mempunyai kata kerja berimbuhan awalan me-, mem-, men-, meng- dan menge-

Contoh :
→ Ah Seng mengecat dinding rumah.


Ayat Pasif

⇒Ayat Pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan dan menggunakan imbuhan di-

→Contoh :
Dinding dicat oleh Ah Seng.


Contoh Ayat Aktif dan Ayat Pasif



Ayat Pasif terbahagi kepada 7 bahagian :


⇒Ayat Pasif dengan imbuhan kata Kerja Pasif di- 
⇒Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ter- 
⇒.Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ke- 
⇒Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ber- 
⇒Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama. 
⇒Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Kedua 
⇒Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif kena


Ayat Pasif dengan imbuhan kata Kerja Pasif di-,di-...kan, di.... I, diper....kan, diper...i


Contoh ayat:
  • Sampah-sarap itu di bakar oleh ayah. 
  • Roti itu dibeli oleh Hasyim 
  • Aktiviti itu dikelola oleh persatuan Matematik 
  • Pembunuh bersiri itu dikehendaki oleh pihak berkuasa

Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ter-


Contoh ayat: 
  • Tembok itu terlanggar oleh motosikal. 
  • Susu itu terminum oleh adik.


Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ke-


Contoh ayat: 
  • Penduduk kampung itu kegelapan sepanjang malam 
  • Peserta kursus pertanian itu kepanasan

Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ber-


Contoh ayat: 
  • Pinggan itu sudah bersusun 
  • Lantai itu sudah bersapu

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama.


Contoh ayat: 
  • Emak saya temani ke pasar 
  • Sampah-sampah itu telah kami bakar.

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Kedua


Contoh ayat: 
  • Masalah itu perlu kalian selesaikan. 
  • Kerja ini perlu anda siapkan .

Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif kena


Contoh ayat: 
  • Rambutan itu kena kait. 
  • Baju itu kena jahit

Pilihan Jenis Ayat



Comments

Popular posts from this blog

EJAAN MENGIKUT KAMUS DEWAN EDISI KE-4

BAB 8 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

BAB4 : PEMBENTUKAN KATA NAMA