BAB 8 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN


BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN


Apakah maksud Kesantunan Bahasa?


Santun : halus, beradap, sopan. 
⇨Kesopanan: perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti)
⇨Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke4 




Konsep Kesantunan

⇨Kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan mahupun dalam bentuk tulisan. 
⇨Merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa(bahasa sapaan), nada, gerak laku dan gaya yang digunakan semasa berkomunikasi.


Kesantunan Verbal

⇨Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. 
⇨Dalam percakapan, seseorang perlu bersikap santun, iaitu sikap yang berkait rapat dengan upaya untuk melakukan penyesuaian penggunaan kata atau ungkapan yang sesuai dengan situasi. Penyesuaian tersebut sebenarnya digunakan untuk menjaga wajah yang berfungsi sebagai kehormatan seseorang 
⇨Terdapat lima jenis komunikasi lisan atau verbal yang lazimnya melibatkan perbincangan, pembentangan, ucapan, mesyuarat dan perbualan.

Ciri-Ciri Kesantunan Verbal :

⇨Penggunaan Bahasa Halus 


Contoh: 
Terima kasih, selamat pagi, jemput dudk, minta kerjasama dsb. 


⇨Penggunaan Kata Ganti Nama 


Contoh: 
Kata ganti nama diri pertama (saya), Kata ganti nama kedua (beliau), dan kata ganti nama ketiga (mereka).


Kata Ganti Nama Bahasa Diraja

⇨Kata Kekeluargaan 
Contoh: anakanda, ayahanda, bonda, kakanda, adinda. 

Kata Ganti Nama Diri :

⇨Kata Ganti Nama Diri Pertama
Contoh: Beta, Patik 

⇨Kata Ganti Nama Diri Kedua
Contoh:Tuanku 

⇨Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Contoh: Patik, Baginda, Tuanku, Duli Tuanku, Duli Yang Maha Mulia


Kata Ganti Nama Orang Kebanyakan


⇨Kata Ganti Nama Diri Keluarga 
Contoh: Long, Ngah, Lang, Cik, Andak, Teh, Busu. 


⇨Gelaran Keluarga 
Contoh: Pak Long & Mak Long, Pak Ngah & Mak Ngah. 


⇨Gelaran Pergaulan Biasa 
Contoh: Cik, Puan, Encik. 


⇨Gelaran Pergaulan Formal 
Contoh: Tuan, Puan, Encik, Cik, Saudara, Saudari.

⇨Gelaran Warisan
Contoh: Raja, Tunku/ Ungku, Tuanku.
⇨Gelaran Anugerah
Contoh: Tun, Tan Sri, Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka.
⇨Gelaran Kurniaan Ikhtisas
Contoh: Profesor, Profesor Diraja, Doktor, Cikgu, Duli Yang Maha Mulia, Yang Amat Berhormat .
⇨Gelaran Keagamaan
Contoh: Haji, Hajah, Labai.
⇨Gabungan Gelaran
Contoh: Pak Haji, Puan Hajah.


Cara menghormati orang lain melalui percakapan(verbal)


⇨Dalam berkomunikasi seseorang bukan saja menunjukkan siapa dirinya,tetapi juga harus menghormati orang lain. 
⇨Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain. 
⇨Menghargai pendapat dan percakapan orang lain. 
⇨Tidak memperkecilkan atau merendah-rendahkan kebolehan orang lain. 
⇨Mewujudkan persefahaman. 
⇨Melatih dari supaya berkelakuan sopan. 
⇨Menjaga perasaan orang lain.


Kesantunan Nonverbal

→Merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat 
→Konsep kesantunan berbahasa non verbal merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. 

Fungsi Komunikasi Bukan Verbal :

→Mengulangi mesej verbal. 
→Sebagai pengganti komunikasi verbal. 
→Mengesahkan komunikasi verbal. 
→Menunjukkan maksud atau keadaan sebenar. 
→Sebagai pelengkap komunikasi verbal. 
→Kawal interaksi.

Jenis Kesantunan Bukan Verbal :

→Pergerakkan anggota badan – dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pergerakkan kepala, tangan dan kaki. 
→Ekspresi wajah – contohnya air muka, pergerakkan mata, dan senyuman. 
→Postur badan – contohnya menundukkan badan, cara berjalan, berdiri dengan tangan di poket seluar dan duduk dengan menyilang kaki.


Kesantunan Lisan


Komunikasi lisan :


⇨Dikenali sebagai komunikasi verbal . 
⇨Komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual . 
Kebaikannya : 
  •  Mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia 
  • Menjalinkan hubungan peribadi antara dua pihak 
⇨Kesantunan berbahasa ini dapat dilihat dalam aktivti seperti perbualan wawancara, ucapan, pengacara majlis, pengumunan dan arahan dalam perhimpunan,mesyuarat, protocol pertemuan dengan murid, rakan setugas, guru,guru besaratau pengetua, pekerja, ibu bapa, tetamu dan seumpamanya. 
⇨Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan : 
  • Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus 
  • Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila 
⇨Penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta. 
⇨Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap.Buruk budi bahasa kita, buruk pulanya kemungkinannya tindak balas yang kita terima. 
Dari segi bahasa , aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah : 
  • Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan 
  • Suara dan intonasi yang bersopan ( intonasi merupakan lagu kalimat yang meliputi nada atau tinggi dan rendahnya lagu kalimat, dan dinamik atau keras dan lemahnya lagu kalimat. ) 
  • Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus 
  • Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai 
  • Penggunaan system panggilan yang betul 
  • Gaya hidup yang sesuai 
  • Isi perbincangan yang tidak sensitif
⇨Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah : 
  • Gaya percakapan yang bersopan 
  • Pandangan mata yang sesuai 
  • Gerak laku yang bertatasusila 
  • Mimik muka (ekspresi wajah ) yang positif 
  • Hayunan tangan yang sesuai 
  • Imej sendiri 

⇨Pemilihan kata , ungkapan, ayat dan gaya haruslah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan. 
⇨Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa haruslah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya. 

→Maksud: 

Linguistik – ilmu tentang bahasa atau ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajiannya 

Sosialinguistik –antardisiplin ilmu yang menghubungkan antara penggunaan bahasa dengan budaya yang mempengaruhinya.





⇨Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku.
⇨Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa.
⇨Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti ‘cik’ atau ‘saudari’ , ‘encik’ dan ‘saudara’.
⇨‘Encik’ dan ‘puan’ lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal.
⇨Bahasa yang digunakan perlulah menepati sopan yang berkaitan dengan sistem sosial. 
⇨Sebagai contohnya, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat serta pangkat haruslah menurut sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa. 
Kata ganti diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri sendiri seseorang. 


Kata Ganti Nama Diri :



Kesantunan Penulisan

⇨Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. 
⇨Kesantunan berbahasa juga dapat dilihat dalam bahan bertulis. 
⇨Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal. 
⇨Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah: 
     →Surat kiriman rasmi 
     →Laporan 
     →Kertas kerja 
     →Ucapan rasmi 
     →Pidato 
     →Minit mesyuarat


⇨Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada rakan, ahli keluarga, ibu bapa dan lain-lain. 
⇨Dalam bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seperti: 
→Penggunaan kata panggilan yang betul 
→Kata sapaan yang betul 
→Gaya bahasa yang betul 
→Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks 
→Isi yang tidak sensitive 


Strategi Kesantunan Negatif / Formal: 
→Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya. 
→Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara atasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan orang yang lebih tua. 


Strategi Kesantunan Positif / Keakraban : 
→Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar. 
→Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan akrab.


Protokol Panggilan Hormat :



Kesantunan Bahasa dengan Teknologi Maklumat

⇨Bahasa merupakan alat untuk berhubung antara anggota masyarakat. 
⇨Komunikasi pula dilakukan secara meluas, baik secara rasmi atau tidak rasmi. 
⇨Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini banyak mempengaruhi penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. 
⇨Jika zaman dahulu, akhbar menjadi medium utama yang memartbatkan bahasa, kini penggunaan bahasa telah di aplikasikan dalam pelbagai medium komunikasi seperti, ‘email’, ‘Facebook’, ‘twitter’ dan media massa yang lain. 
Namun, seiring dengan era ledakan teknologi ini, penggunaan bahasa yang betul telah diabaikan oleh generasi kini menyebabkan ramai diantara mereka yang mengagungkan bahasa yang salah tersebut. 
⇨Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki hamun, memfitnah, memprovokasi, mengejek dan merendahkan orang lain semakin berleluasa. 
⇨Perkara ini jelas menunjukkan penghakisan budaya ketimuran dan kesantunan berbahasa selain menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang negatif.


Teknologi Maklumat dan Komunikasi 

⇨Komunikasi: 
     ↪Proses penukaran maklumat. 

⇨Teknologi komunikasi:
     ↪Perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses maklumatfiber (optik, satelit, telegraf, modem) 

⇨Teknologi Maklumat dan Komunikasi: 
     ↪Merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi.
Teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya kemudiannya disebarkan.



⇨Contoh-contoh alat ICT yang dipersalahgunakan pada zaman ini yang menjejakan kesantunan bahasa :







Contoh Kesalahan Bahasa :Penggunaan Bahasa Rojak





⇒Bahasa rojak semakin berkembang luas dalam kalangan pengguna bahasa iaitu penggunaan Bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan Bahasa Inggeris. 
⇒Bahasa rojak dikatakan lebih santai dan tidak begitu formal, sama seperti penggunaan Bahasa Melayu pasar. 
⇒Namun begitu, kesalahan penggunaan bahasa ini akan menyebabkan kecelaruan maklumat yang disampaikan serta memberi kesan kepada pengguna bahasa yang dalam proses belajar. 


⇨ Penggunaan Bahasa yang Tidak Sopan


⇨Berpunca daripada pengaruh media massa dan semakin berleluasa.
⇨Penggunaan kata sapaan yang kasar atau kurang sopan kini telah menjadi kebiasaan di kalangan Facebooker dalam perbualan mereka di Facebook. 
⇨Banyak perkataan yang memang tidak dapat dinafikan lagi, merupakan bahasa yang kasar, mencarut dan tidak bersopan kerap digunakan dalam laman Facebook ini. 
⇨Antaranya ialah “usha”, “giler”, “sekodeng”, “rembat”, “poyo”, “sengkek” dan “beruk”. 
⇨Bahasa sedemikian sering digunakan oleh remaja hari ini dan memang agak sukar untuk orang lain menterjemahkan maksudnya dengan tepat, melainkan kelompok mereka sendiri. 


⇨Penggunaan Tatabahasa yang Salah



⇨Ayat-ayat yang terbentuk tidak mematuhi hukum tatabahasa Bahasa Melayu dan kelihatan janggal. 
⇨Kesalahan ejaan, tanda baca, dan singkatan huruf.
⇨Kesalahan tatabahasa ini akan menimbulkan tanggapan negatif masyarakat yang membacanya terhadap individu tersebut serta menyebabkan individu ini di pulau oleh masyarakat
⇨Fenomena ini merupakan unsur perubahan yang dikhuatiri akan mencemarkan nilai-nilai asli dalam Bahasa Melayu.

 

⇨Penggunaan Bahasa yang Menghina




⇨Penggunaan bahasa untuk menghina sesuatu adalah tidak wajar
⇨Hinaan ini akan menyebabkan pergaduhan semasa anggota masyarakat apatah lagi hinaan tersebut melibatkan sensitiviti agama, kaum dan bangsa.
⇨Keamanan dan keharmonian hidup akan lenyap.
Pelbagai pihak akan terlibat dalam permasalah ini hanya kerana tujuan penggunaan bahasa yang salah.


Implikasi


Penulisan esei pelajar menjadi tidak berkualiti

⇨Mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot
⇨Ramai pelajar tidak dapat mengusai Bahasa Melayu dengan baik
⇨Penyalahgunaan bahasa yang menyebabkan cara penulisan tidak mantap
⇨Penggunaan bahasa rojak yang meluas
⇨Pelajar keliru antara bahasa rojak dan bahasa yang betul.


Wujudnya salah faham semantik dalam masyarakat

⇨Salah faham semantik ialah kesukaran serta kegagalan penyampai dan penerima mesej mentafsirkan kod yang ingin dijelaskan. 
⇨Mengganggu komunikasi antara individu yang terlibat 
Berlaku disebabkan perbezaan dialek dan akan menjejaskan bahasa baku 
⇨Penulisan dalam laman sosial dan blog menjadi faktor utama.


Kemerosotan Kualiti Bahasa Melayu

⇨Perkembangan media elektronik semakin maju dan mampu menghasilkan pengiklanan yang menarik 
⇨Kemajuan elektronik yang sedang dicapai ini telah dicemari dengan bahasa-bahasa yang kurang menyenangkan 
⇨Bahasa rojak atau bahasa basahan ini telah menjejaskan kualiti bahasa melayu 
⇨Penggunaan bahasa rojak ini sukar dikawal kerana tiada peraturan yang dibuat untuk menghalangnya terutamanya di media 
⇨Kesannya pada suatu hari nanti, Bahasa Melayu tidak akan dipandang lagi walaupun di negara kita sendiri.


Bahasa Melayu Diperlekehkan

⇨Sikap peniaga atau pengiklan yang mengabaikan penggunaan Bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan. 
⇨Soal betul atau salah penggunaan Bahasa Melayu bukan lagi menjadi pertimbangan utama 
Hanya mementingkan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh masyarakat 
⇨Tahap kesedaran tentang penggunaan Bahasa Melayu yang betul bukanlah suatu agenda yang penting. 
⇨Akibatnya, generasi akan menganggap perkara sedemikian tidak perlu diketegahkan menjadi isu dek kerana sudah terbiasa.


Kewujudan budaya plagiarism

⇨Sebagai contoh, golongan belia telah menyalahgunakan teknologi sebagai satu cara untuk memudahkan dan menyiapkan kerja sekolah dan assignment mereka dengan meniru, menciplak dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain melalui internet. 
⇨Hal ini bukan sahaja menjejaskan amalan kesantunan malah ini juga akan mengakibatkan individu yang terlibat tidak melakukan sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri. 
⇨Kewujudan teknologi internet telah mempengaruhi budaya ilmu dalam kalangan belia, iaitu dari mengambil buku rujukan akademik atau jurnal sebagai rujukan untuk mendapatkan maklumat dalam persiapan tugasan mereka kepada menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka.


Langkah Mengatasi Isu

Peranan Institusi Kekeluargaan :

⇨Mempraktikkan gaya pertuturan atau perbualan yang sopan dan teratur. 
⇨Perlu tegas dalam mendidik anak-anak mereka. Hal ini demikian agar generasi muda ini alpa dengan disiplin dan pertuturan bahasa yang sopan tidak kira di mana mereka berada terutamanya ketika menggunakan laman sosial.


Peranan Institusi Sekolah :

⇨Memantau para pelajar dari segi tingkah laku mereka, malahan peradaban mereka terutama sekali dari segi pertuturan yang diucapkan semasa mereka berada di dalam dan luar sekolah. 
⇨Menganjurkan kempen-kempen yang berkaitan dengan budi bahasa untuk diterapkan oleh mereka. 
⇨Menerapkan penggunaan bahasa yang santun dalam teknologi maklumat dan komunikasi.

Comments

Popular posts from this blog

EJAAN MENGIKUT KAMUS DEWAN EDISI KE-4

BAB4 : PEMBENTUKAN KATA NAMA