EJAAN MENGIKUT KAMUS DEWAN EDISI KE-4


EJAAN YANG BETUL MENGIKUT KAMUS DEWAN 
EDISI KE-4

  • Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperenalkan perkataan ''Swafoto'' bagi perkataan ''Selfie''. 

          (Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa)

                →Swafoto : gambar kendiri.
                →Berswafoto : mengambil gambar kendiri.
                →Menswafoto : perbuatan merakam gambar sendiri.
       
  1. Suri Teladan - Role Model
  2. Jerayawara - Road Show
  3. Latar Pentas - Back Drop
  4. Imej Tumpu - Highlight
  5. Parkir - Parking
  6. Pascanilai - Postmortem
  7. Swafoto -Selfie
  8. Kira detik - Count Down
  9. Bilik acu - Fitting Room
  10. Ujana teh - Garden tea
  11. Persantaian - Resort
EJAAN YANG MENGELIRUKAN 

:Ejaan perkataan yang digunakan dalam pertuturan atau penulisan.

    ⇨Berikut adalah perkataan yang biasa kita temui:

  1. resepi⟹ resipi
  2. menyakinkan⟹ meyakinkan
  3. istirehat⟹ istirahat
  4. kadang-kala⟹ kadangkala
  5. sambilewa⟹ sambalewa
  6. dasyat⟹ dahsyat
  7. insuran⟹ insurans
  8. ambulan⟹ ambulans
  9. juwita⟹ juita
  10. unggu⟹ ungu
  11. mengulangkaji⟹ mengulang kaji
  12. penguatkuasa⟹ penguat kuasa
  13. gambarajah⟹ gambar rajah
  14. redha⟹ reda
  15. kerinting⟹ keriting
  16. bergu⟹ beregu
  17. kontingen⟹ kontinjen
  18. mengenengahkan⟹ mengetengahkan
  19. mengenepikan⟹ mengetepikan
  20. mengkedepankan⟹ mengedepankan
  21. mengkebelakangkan⟹ mengebelakangkan
  22. sihat walafiat⟹ sihat wal afiat
  23. majerin⟹ marjerin
  24. rempah ratus⟹ rempah-ratus
  25. alat siaraya⟹ alat siar raya
  26. margasatwa⟹ mergastua
  27. workshop⟹ woksyop
  28. bertungkus-lumus⟹ bertungkus lumus
  29. limau kasturi⟹ limau kesturi
  30. walaubagaimanapun⟹ walau bagaimanapun
  31. mee⟹ mi
  32. kuey teow⟹ kuetiau
  33. respon⟹ respons
  34. sunnah⟹ sunah
  35. ramadhan⟹ ramadan
  36. leukimia⟹ leukemia
  37. emel⟹ e-mel
  38. katrij⟹ kartrij
  39. cop nama⟹ cap nama
  40. insha Allah⟹ Insya-Allah
  41. alergik⟹ alergi
  42. ansurans⟹ ansuran
  43. urusetia⟹ urus setia
  44. keretapi⟹ kereta api
  45. merbahaya⟹ berbahaya
  46. naskah⟹ naskhah
  47. atlit⟹ atlet
  48. war-war⟹ uar-uar/ wara-wara
  49. fax⟹ faks/ faksimile
  50. was-was⟹ waswas
  51. stokin⟹ stoking
  52. karenah⟹ kerenah
  53. kemaskini⟹ kemas kini
  54. ulangkaji⟹ ulang kaji
  55. pra sekolah⟹ prasekolah
  56. menghadkan⟹ mengehadkan
  57. hajjah⟹ hajah
  58. agen⟹ ejen
  59. murtabak⟹ martabak


Comments

  1. I love this information...it is so helpful...thank you guys

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAB 8 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

BAB4 : PEMBENTUKAN KATA NAMA