BAB3: PERISTILAHAN UMUM BAHASA MELAYU
PERISTILAHAN KATA UMUM
BAHASA MELAYU
- Mana-mana kata umum dalam bahasa Melayu termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat:
2.kata yang dipilih adalah yang paling singkat.
contoh: -hospital dan rumah sakit ⟶hospital
-fisiologi dan kaji tugas organ⟶fisiologi
3.Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.
UNSUR DAN PROSES TATABAHASA DALAM PERISTILAHAN
1. Penggunaan kata bebas
⟹Istilah dapat dibentuk daripada kata bebas.
contoh: -gaya -kaji -watt
-sudut -rumpuk -volt
-asid
2. Proses pengimbuhan
⟹Susunan istilah berimbuhan menunjukkan pertalian yang tersusun antara bentuk dan maknanya.
⟹Susunan itu hendaklah dimanfaatkan dalam pembentukan yang berbeza-beza.
- Tani⟶petani⟶pertanian
- Usaha⟶pengusaha⟶perusahaan
3. Proses penggabungan
⟹Istilah yang brupa gabungan kata berbentuk singkat.
contoh: -meja tulis
-kerjasama
-kapal korek
4. Proses penggandaan
⟹Istilah yang mengukapkan konsep kumpulan dapat dibentuk dengan penggandaan.
contoh: -kacang kacang-kacang
-jari jemari
-rumput rerumput
ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG
1. Singkatan
⟹Istilah singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan :
(a) Menggugurkan salah satu bahagian atau lebih daripada dasarnya.
contoh; -lab (oratory)
(b) Menyingkatkan huruf ejaan tetapi sebutannya berbentuk lengkap.
contoh; -cm⟶sentimeter
(c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata.
contoh: -tadika/ cerpen/ kugiran
(d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah sebegini dipanggil akronim.
contoh: -JKR (Jabatan Kerja Raya)
-TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia)
2. Lambang Huruf dan Bilangan
⟹Lambang huruf dan bilangan ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep.
⟹Nama dan lambang unit mengikut System International d'Unites (SI) (Sistem Unit Antarabangsa).
panjang⟶meter⟶m
jisim massa⟶kilogram⟶kg
waktu⟶saat⟶s
3. Lambang Gambar
⟹Konsep dapat dinyatakan oleh lambang yang berupa gambar.
⟹Pembentukan dan penggunaan lambang gambar harus mengikuti peraturan yang disahkan oleh bidang masing-masing.
contoh: Jantan→♂
Matahari→🔆
Omega→Ω
KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN
1. Jenis Ejaan
a. Ejaan Grafemik
⟹ejaan rumi
b. Ejaan Etlmologi
⟹Jika timbul kekaburan seperti istilah yang sama sebutan dan ejaan seperti media massa, kedua-dua.
c. Ejaan Transkripsl
⟹Istilah asing yang diserap
-bureau➙biro
-police→polis
-ambulance→ambulans
d. Ejaan Transliterasi
⟹Arab: bismillahirrahmanirrahim
2. Penyesuaian Ejaan
a. istilah asing pengucapansudah sebati dalam bahasa Melayu
contoh: pencen, stesen
b. istilah asing yang belum sepenuhnya terserap dalam bahasa Melayu
contoh: landrover, ad hoc
c. istilah yang baru dipinjam dan belum sebati daripada segi sebutan dan ejaan dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu sahaja supaya bentuk ejaan asal masih terlihat.
contoh: automatic➝automatik
3. Penyesuaian Ejaan Imbuhan Asing
a. Daripada satu pihak, imbuhan asing dapat dianggap sebagai sebahagian daripada kata istilah yang hendak diserap. Ia jarang dianggap sebagai imbuhan.
contoh: -Aktif
-Primer
-antrologi
b. Pada pihak lain imbuhan asing dapat diserap sebagai imbuhan yang boleh digunakan untuk pembetukan istilah lain.
contoh: -inframerah
-Prasejarah
-semivokal
4. Gugur Konsonan
⟶Gugur konsonan yang dimiliki Bahasa Melayu adalah khusus bagi menulis kata / istilah pinjaman daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa asing lain.
contoh: bl⟶block, blaus
dr⟶drama, draf
rd⟶standard
nk⟶bank, link
Comments
Post a Comment