MUNSYI ABDULLAH

Alhamdulillah.., dapat juga saya kongsikan serba sedikit mengenai munsyi abdullah ...

SIAPA MUNSYI ABDULLAH???


MUNSYI ABDULLAH 
BAPA SASTERAWAN MODEN

JOM KENALI BELIAU LEBIH MENDALAM LAGI...


BIODATA MUNSYI ABDULLAH

NAMA                                    : ABDULLAH BIN ABDULKADIR
TAHUN KELAHIRAN          : TAHUN 1796
TEMPAT LAHIR                   : PALI, MELAKA
KETURUNAN                       : ARAB DAN INDIA
PENGUASAAN BAHASA   : ARAB, TAMIL, INDIA, HINDUSTAN, INGGERIS, MELAYU
PEKERJAAN                         : PENGARANG, PETERJEMAHAN, GURU
ALIRAN SASTERA              : NONFIKSI
WAFAT                                   : TAHUN 1854, JEDAH, ARAB SAUDI


BIOGRAFI

   Abdullah bin Abdul Kadir (Munsyi) adalah seorang sasterawan Melayu. Sebagai pengarang, ia juga dikenali kerana suka menulis karya sastera yang penuh dengan nasihat-nasihat. Ia juga adalah tokoh pertama yang menuliskan tentang kehidupan harian di Malaya yang dipublikasi pada tahun 1849.

   Beliau pernah bekerja dengan Sir Stamford Raffles sebagai penyalin dokumen. Pada masa yang sama, beliau telah menterjemahkan Kitab Injil ke dalam bahasa Melayu untuk pengerak-pengerak mubaligh Kristian di Singapura dan Melaka.


DAFTAR KARYA

   Abdullah sangat terkenal kerana sifatnya yang suka menulis hikayat-hikayat yang bersifat realistis dan kontemporer. Abdullah juga dianggap sebagai pemikir yang melampaui abadnya.


HIKAYAT ABDULLAH

   Hikayat Abdullah boleh dikatakan merupakan sebuah otobiografi. yang merupakan hasil salah satu Karya Abdullah. Hal ini, membuatkan hikayat ini istimewa dalam khazanah sastera Melayu. Karya sastera ini ditulis pada abad ke-19.

   Abdullah banyak menceritakan perkara-perkara yang menarik pada abad ke-19. Misalnya mengenai Kota Melaka dan Singapura. Beberapa tokoh juga dipertengahkan oleh beliau seperti John Stamford Raffles, Lord Minto, Farquhar dan Timmerman Thijssen. Selain itu, ia banyak menceritakan tentang kehidupan seharian bangsa Melayuketika itu. Beliau juga memberi gambaran yang jelas mengenai pandangan orang Melayu terhadap kedatangan orang British ke Tanah Melayu. Beliau ialah pengkarya pertama yang lari daripada corak pemilihan tradisional.


BANYAK KARYA BELIAU CUBA MEMPERTENGAHKAN, ANTARANYA IALAH:

KARYA ASLI

  •  Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir dari Singapura sampai ke Kelantan.
  • Hikayat Abdullah.
  • Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura ke Mekah.
  • Syair Singapura terbakar.
  • Syair Kampung Gelam Terbakar.
  • Ceretera Kapal Asap.
  • Ceretera Haji Sabar Ali.

KARYA TERJEMAHAN DAN SUNTINGAN

  • Hikayat Panca Tanderan.
  • Sejarah Melayu (edisi abdullah).




   



Comments

Popular posts from this blog

BAB 8 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

EJAAN MENGIKUT KAMUS DEWAN EDISI KE-4

BAB4 : PEMBENTUKAN KATA NAMA