BAB1: ASAL-USUL MELAYU



ASAL-USUL MELAYU

Tahukah anda tentang kewujudan asal-usul bangsa Melayu??


   Asal-usul bangsa Melayu sebernanya sesuatu perkara yang sukar ditentukan. Walaupun beberapa kajian telah dilakukan ke atas perkara ini untuk menjelaskan dengan lebih terperinci. Namun, tiada kata sepakat diantara para sarjana belum tercapai.


   Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu: 
  • Bangsa Melayu Yunnan (teori Yunnan)
  • Bangsa Melayu Nusantara (teori Nusantara)

   Selain itu, ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.


TEORI YUNNAN

Teori telah disokong oleh beberapa sarjana seperti:
  • R.H.Golden
  • J.R.Logen
  • Slametmuljana
  • J.R.Forter
  • Asmah Haji Omar

 
 Mereka telah menemui beberapa alasan yang telah menyokong teori ini seperti berikut:

  1. Kapak Tua. Kapak ini sangat mirip dengan kapak tua yang berada di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Penemuan ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
  2. Adat resam. Adab resam bangsa Melayu sangat mirip dengan adat resam suku kaum Naga di daerah Assam iaitu berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar.
  3. Bangsa Melayu adalah serupa dengan bahasa di Kemboja. Dengan itu, penduduk di Kemboja berkemungkinan berasal daripada dataran Yunnan dengan melalui Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan.
   
 upakan teori paling popular yang diterima umum. Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke tiga gelombang yang utama iaitu dengan perpindahan...

  • Orang Negrito  
            -Penduduk paling awal di kepulauan Melayu.
            -Anggaran bertempat di sini sejak 1000SM berdasarkan penerokaan                        arkeologi di gua Cha, Kelantan.
  • Melayu Deutro
          -Perpindahan mereka merupakan gelombang perpindahan orang Melayu               Kuno yang kedua berlaku pada 1500SM.
          -Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai                           kemahiran belayar.

  • Melayu Proto
             -Dianggarkan perpindahan mereka ke kepulauan Melayu pada 2500SM.
             -Mereka lebih maju daripada orang Negrito kerana telah menemui                            kemahiran bercucuk tanam.
            -Melayu Proto dikenali sebagai Melayu Negosiddek di mana kebanyakkan               terdapat disebuah pulau  yang dikenali sebagai Pinang.
            -Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang iautan tetapi tidak pandai                     berenang.


TEORI NUSANTARA

Teori ini telah disokong oleh sarjana-sarjana seperti:
  • J.Crawfurd
  • K.Hilmy
  • Sultan Takdir Alisjahbana
  • Gorys Keraf

   Mereka telah menemui beberapa alasan yang telah menyokong teori ini seperti berikut:


  1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
  2. Manusia kuno Soloinensis dan Homo Wajekensis terdapat di kepulauan Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu itu berketurunan daripada manusia kuno (tamadun bersendirian).
  3. K.Hilmy tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu serupa dengan bahasa Champa (Kemboja). Bagi pendapat K.Hilmy, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena (ambilan).
  4. Bahasa di Nusantara (bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang amat ketara dengan bahasa di asia tengah (bahasa indo-eropah).





Comments

Popular posts from this blog

EJAAN MENGIKUT KAMUS DEWAN EDISI KE-4

BAB 8 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

BAB4 : PEMBENTUKAN KATA NAMA