KATA GANTI NAMA
KATA GANTI NAMA ⇒Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. ⇒Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi. ⇒Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang Kata ganti diri terdiri daripada: (a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga); (b)kata ganti diri singkat; (c) kata ganti tanya; (d) kata ganti tempat; dan (e) kata ganti tak tentu. Gantinama Diri ↪Kata Ganti Diri Pertama 1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap. 2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak. Kata Ganti Diri Pertama Penggunaannya aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan saya (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana