Posts

KATA GANTI NAMA

KATA GANTI NAMA ⇒Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. ⇒Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum,   Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi. ⇒Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang Kata ganti diri terdiri daripada: (a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga); (b)kata ganti diri singkat; (c) kata ganti tanya; (d) kata ganti tempat; dan (e) kata ganti tak tentu. Gantinama Diri ↪Kata Ganti Diri Pertama 1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap. 2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk  tunggal  dan yang berbentuk  jamak. Kata Ganti Diri Pertama Penggunaannya aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan saya (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana

BAB 8 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

Image
BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN Apakah maksud Kesantunan Bahasa? ⇨ Santun  : halus, beradap, sopan.  ⇨Kesopanan : perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti) ⇨Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke4  Konsep Kesantunan ⇨Kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan mahupun dalam bentuk tulisan.  ⇨Merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa(bahasa sapaan), nada, gerak laku dan gaya yang digunakan semasa berkomunikasi. Kesantunan Verbal ⇨Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.  ⇨Dalam percakapan, seseorang perlu bersikap santun, iaitu sikap yang berkait rapat dengan upaya untuk melakukan penyesuaian penggunaan kata atau ungkapan yang sesuai dengan situasi. Penyesuaian tersebut sebenarnya digunakan untuk menjaga wajah yang berfungsi sebagai kehormatan seseorang  ⇨Terdapat lima jenis komunikasi lisan atau verbal yang